Friday 19 July 2013

Altimat Car Wash



Alhamdulillah,bermula tarikh 18/7/13 (8.30am),maka secara rasminya kedai basuh kenderaan yang terletak di lokasi Lorong Beringin,Batu 17,Kuang,Sg Buloh dibuka untuk memberi khidmat basuh kenderaan kepada semua warga Kuang & Sg Buloh.Kedai yang diberi nama "Altimat Carwash" ini sebelumnya telah dijalankan oleh warga Bangladesh yang akhirnya telah gulung tikar & bertukar tangan kepada syarikat Altimat Car Rental Services sepenuhnya.


Menyentuh sedikit tujuan asal pembukaan Altimat Car Wash ini,adalah dengan mengambil kira kos pembersihan untuk semua kereta Altimat Car Rental sedikit mengganggu keuntungan bersih pada setiap bulan syarikat.Jadi,bagi mengurangkan kos ini,pihak syarikat telah mengambil keputusan untuk membuka Altimat Carwash ini yang mana dalam masa yang sama dapat memberikan keuntungan sampingan dari punca perniagaan yang berbeza.

Sepertimana slogan kami "Bersih beritahu kawan,tak bersih beritahu kami" adalah ingin menunjukkan betapa Altimat Carwash ini sangat mementingkan kualiti kebersihan setiap kenderaan & mahu mewujudkan satu hubungan dua hala di antara syarikat dan pelanggan.Diharap dengan pendekatan ini,sebarang pertanyaan,cadangan,rungutan & maklumbalas bolehlah diajukan kepada pihak kami untuk dibuat tindakan susulan atau penambahbaikan bagi memastikan semua pelanggan berpuashati.Pendekatan ini sangat penting kerana hasil tinjauan pada warga Kuang,bila diajukan apa yang pelanggan mahukan untuk carwash,kebanyakan memberikan respon ;

1) Mahu basuh dengan bersih & teliti.
2) Mahu mesra pelanggan & fokus pada kerja.
3) Mahu harga lebih murah atau ada diskaun.
4) Mahu lebih mesra & ada diskaun syarikat (untuk syarikat yang mempunyai banyak kenderaan).


Jadi,dari respon ini juga,Altimat Carwash telah memperkenalkan kad diskaun iaitu percuma satu cucian untuk setiap 10 cucian untuk setiap individu.Dan untuk pelanggan dari mana-mana syarikat yang mempunyai banyak kenderaan,pihak Altimat Carwash juga telah menyediakan satu pakej khas yang akan lebih menguntungkan syarikat tersebut.



Jadi,diharap semua pelanggan terutama dari kawasan Kuang & Sg Buloh dapat memberikan sokongan & dorongan terhadap Altimat Carwash ini.Marilah datang beramai-ramai ke kedai kami.Sebarang maklumbalas anda,kami sangat alu-alukan.

Terima kasih.

Altimat Carwash
"Bersih beritahu kawan,tak bersih beritahu kami"




Monday 15 July 2013

Kereta Sewa Ijok , Unisel , Bestari Jaya , Kuala Selangor

Kereta Sewa Ijok , Unisel , Bestari Jaya , Kuala Selangor , Tanjung Karang
Alhamdulillah,oleh kerana terdapat banyak permintaan dari pelanggan di sekitar pantai barat Selangor,bermula tarikh 1 Julai 2013,Altimat Car Rental Services dengan jayanya telah memulakan operasi perkhidmatan kereta sewa di cawangan baru sekitar Ijok , Bestari Jaya , Unisel & Kuala Selangor.

Cawangan ini akan diberi nama "Kereta Sewa Unisel" kerana lokasinya yang berhampiran dengan Universiti Selangor (Unisel),walau bagaimanapun skop sasaran pelanggan untuk cawangan ini adalah lebih meluas iaitu memberikan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Ijok , Bestari Jaya , Unisel & Kuala Selangor malah mungkin ke Tanjung Karang.

Diharap dengan penubuhan Cawangan Kereta Sewa Unisel ini,dapat memudahkan & membantu penduduk di sekitar kawasan  Ijok , Bestari Jaya , Unisel , Kuala Selangor & Tanjung Karang untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik.

Kebanyakan kereta sewa yang ditempat di Cawangan Kereta Sewa Unisel ini adalah kereta baru,bersih & dijamin keadaannya dalam keadaan terbaik (diselenggara & diservis mengikut jadual).

Cawangan Kereta Sewa Unisel ini akan dikendalikan operasinya oleh;
1) En Azuan Khames (Manager)        : 014-2375393 (Wann).

Sebarang bantuan atau keperluan perkhidmatan kereta sewa,harap dapat hubungi pihak kami,Insyaallah,setiap pertanyaan anda akan dilayan dengan baik & mesra.

Altimat Car Rental Services.
"Let me help you"



Thursday 11 July 2013

Kereta Sewa Rawang


Lokasi Rawang
 Perkhidmatan penghantaran & pengambilan kereta sewa di kawasan Country Home dan sekitar Rawang.