Monday 17 March 2014

#PRAYFORMH370

Assalamualaikum,sebagai mengenangkan misteri kehilangan pesawat MH370 yang bermula pada 8 Mac 2014 yang sehingga kini masih belum dijumpai sehingga menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dari semua pihak.Jadi dengan ini,kami Altimat Kereta Sewa sentiasa mendoakan keselamatan semua penumpang MH370 supaya dapat kembali dengan selamat.#PRAYFORMH370.













Semoga doa kita semua dikabulkan oleh Allah,Amin.

Altimat Car Rental Services.
We Are Malaysians.
Pray For MH370.

Tuesday 4 March 2014

Tayar Kereta Sewa Pancit

Assalammualaikum,seperti yang biasa terjadi pada semua kenderaan,kes tayar pancit semasa dalam perjalanan merupakan perkara biasa yang berlaku pada semua kenderaan samada disebabkan terkena benda tajam,tayar rosak atau lain-lain.




Oleh itu,sebagai mengambil berat di atas isu keselamatan & keprihatinan kepada semua pelanggan Altimat Kereta Sewa,semasa proses penyerahan kereta sewa kami kepada pelanggan,pihak Altimat Kereta Sewa akan memastikan semua peralatan penukaran tayar pancit akan dilengkapkan dengan sebaiknya sebelum memulakan perjalanan.Peralatan asas adalah seperti berikut;

1) Spare Tire (tayar ganti)
2) Jack (untuk mengangkat)
3) Basic tool (untuk membuka tayar)
4) Triangle (untuk penanda keselamatan)




Disertakan juga satu video ringkas kepada semua terutama kepada semua pelanggan Altimat Kereta Sewa langkah-langkah bagaimana untuk menukar tayar pancit sebagai rujukan.



Selamat beramal & terima kasih.

Altimat Car Rental.  
Klang Valley Territory.  
Let We Help You.