Friday 19 July 2013

Altimat Car Wash



Alhamdulillah,bermula tarikh 18/7/13 (8.30am),maka secara rasminya kedai basuh kenderaan yang terletak di lokasi Lorong Beringin,Batu 17,Kuang,Sg Buloh dibuka untuk memberi khidmat basuh kenderaan kepada semua warga Kuang & Sg Buloh.Kedai yang diberi nama "Altimat Carwash" ini sebelumnya telah dijalankan oleh warga Bangladesh yang akhirnya telah gulung tikar & bertukar tangan kepada syarikat Altimat Car Rental Services sepenuhnya.


Menyentuh sedikit tujuan asal pembukaan Altimat Car Wash ini,adalah dengan mengambil kira kos pembersihan untuk semua kereta Altimat Car Rental sedikit mengganggu keuntungan bersih pada setiap bulan syarikat.Jadi,bagi mengurangkan kos ini,pihak syarikat telah mengambil keputusan untuk membuka Altimat Carwash ini yang mana dalam masa yang sama dapat memberikan keuntungan sampingan dari punca perniagaan yang berbeza.

Sepertimana slogan kami "Bersih beritahu kawan,tak bersih beritahu kami" adalah ingin menunjukkan betapa Altimat Carwash ini sangat mementingkan kualiti kebersihan setiap kenderaan & mahu mewujudkan satu hubungan dua hala di antara syarikat dan pelanggan.Diharap dengan pendekatan ini,sebarang pertanyaan,cadangan,rungutan & maklumbalas bolehlah diajukan kepada pihak kami untuk dibuat tindakan susulan atau penambahbaikan bagi memastikan semua pelanggan berpuashati.Pendekatan ini sangat penting kerana hasil tinjauan pada warga Kuang,bila diajukan apa yang pelanggan mahukan untuk carwash,kebanyakan memberikan respon ;

1) Mahu basuh dengan bersih & teliti.
2) Mahu mesra pelanggan & fokus pada kerja.
3) Mahu harga lebih murah atau ada diskaun.
4) Mahu lebih mesra & ada diskaun syarikat (untuk syarikat yang mempunyai banyak kenderaan).


Jadi,dari respon ini juga,Altimat Carwash telah memperkenalkan kad diskaun iaitu percuma satu cucian untuk setiap 10 cucian untuk setiap individu.Dan untuk pelanggan dari mana-mana syarikat yang mempunyai banyak kenderaan,pihak Altimat Carwash juga telah menyediakan satu pakej khas yang akan lebih menguntungkan syarikat tersebut.



Jadi,diharap semua pelanggan terutama dari kawasan Kuang & Sg Buloh dapat memberikan sokongan & dorongan terhadap Altimat Carwash ini.Marilah datang beramai-ramai ke kedai kami.Sebarang maklumbalas anda,kami sangat alu-alukan.

Terima kasih.

Altimat Carwash
"Bersih beritahu kawan,tak bersih beritahu kami"




1 comment:

  1. selangkah maju lagi kehadapan boss kita ni..tahniah

    ReplyDelete